Selasa, 2009 September 15

Syoknye...hehehe!!!!!!!!!!!!!!


Amboi!!!!!!!!!Syoknya mandi dik...Cam tak mahu naik je hehehe....
Ini lah gelagat anak aku....best punye
berendam sampai lupa nak naik.
Hero saya ni namanya Muhammad Syazwan...Panggilan glamour dia Syazwan je...Tapi dalam keluarga saya ,kami panggil adik je...ialah kenalah dengan status dia sebagai anak yang bongsu.....hehehe......setakat ini le.....coming soon Allahualam.
Gambar ini telah di rakamkan oleh krew...saya sendiri sebagai abahnya di Tempat Perkelahan Pulau Chekas,Kg.Ulu Dong,Raub Pahang...
Tempat yang sangat sesuai untuk keluarga beristirehat dan menenagkan fikiran...dan juga berhampiran dengan Air Terjun Lata Jarum...
Kalau ingat lagi kes Arwah Mona Fendy membunuh Allahyarham Datuk Mazlan yang pernah mengemparkan negarabeberapa tahun dahulu...hmm tempatnya tak jauh dari sini la...

Ahad, 2009 September 13

Nurin ohh Nurin


Inilah anak dara aku.Nurin namanya..Uikss!!!! cam tak caye lak aku dah ada anak dara sebesar ini..hehehe.
Begitu cepatnya putaran masa kat dunia nikan..Nurin baru je tamat peperiksaan UPSR tahun 6...
Tahun 2010 ni anak aku ni mula melangkah ke Sekolah Memengah la pulak....Aku dah mula rasakan debaran pengalaman baru ini.
Ialah mana tak debarnyakan...aku kena sorang-sorang hadapinya..tak macam ibubapa yang lain...hihihihi
Namun begitu aku bersyukur pada Allah S.W.T kerana memilih aku untuk memikul amanah menjaga anugerahnya...Amin.

Rabu, 2009 September 09

Amacam Macho tak?huhuhu.....
Bergambar di perkarangan Stadium Darul Aman Alor Setar dalam bulan Julai 2009 yang lalu. Kali pertama menjejakan kaki di bumi Kedah Darul Aman....hehehe..

Kesempatan ini di gunakan dengan bergambar sakan di perkarangan stadium ini dengan rakan kongsi niaga En.ArifKhakim...

Kereta Waja ini En.Arif le yang punyai...tumpang bergambar je..hahaha....

Selasa, 2009 Jun 30

Takkan cinta hilang di dunia

Hmmm lama benar dah tak update blog jamar ni.Lama benar dah tak menulis kat blog ni..
Sebenarnya banyak benda yang nak di tuliskan tapi mood untuk menulis tu takde...jadi teperap gitu jela ideal tu..hehehehe

Oklah aku nak cerita tentang cinta aku. Perasaan cinta ini memang sukar untuk di ungkap.
Cinta aku camni....
Sudah 5 tahun arwah isteri aku telah kembali ke rahmatullah.Mengadap yang Maha Pencipta.Selama itu aku telah kehilangan cinta dan belaian seorang wanita.Cinta merupakan satu anugerah yang tak ternilai harganya yang telah di berikan oleh Allah S.W.T kepada hambanya.

Selama itu jugalah kehidupan aku terlalu sunyi.Tiada lagi belaian kasih sayang dari seorang wanita yang bernama isteri.Aku gagahi juga untuk mencari namun ku tidak temui apa-apa.Kehidupan aku terlalu sunyi dan kosong. Biarkan tatkalanya aku terhibur dgn gelagat anak -anak aku.

Tapi bila di keheningan malam aku terlalu sunyi. Ada masanya aku bangun sendiri mengenangkan semua itu.

Kini aku telah menemui semua itu kembali. Kini aku bahagia dengan seorang gadis nun di utara semenanjung Malaysia.Persahabatan ini bermula sejak 2 tahun yang lalu. Ciri ciri wanita sejati yang aku inginkan ada pada diri si dia. kejujuran dan keikhlasan yang ada pada dia mengingatkan aku pada arwah isteri aku. Aku mula menyayanginya. Malah setiap saat jiwa dan raga aku terlalu memokuskan pada dirinya. Aku benar -benar menyayangi dia.

Namun halangan utama aku untuk memilikinya adalah keluarga. Kehidupan aku jauh berbeza.Umur juga terlalu jauh antara aku dan dirinya. Aku tahu semuanya itu tak mungkin akan berlaku. Namun aku tak boleh menipu diri aku. Ada masanya aku berlawan dengan perasaan ini..namun aku tak berdaya....

Adakah perasaan aku ini sebenarnya cinta ?. Aku berjanji setelah aku dapat kembali perasaan ini, aku tidak akan lepaskan. Biarlah ianya takkan hilang di dunia. Andainya Aku merana dan kecewa sekali pun Aku tetap ingin bercinta dan di cintai hingga hujung dunia..

Aku tak sanggup untuk kehilangan buat sekalian kalinya..

Namun begitu aku pasrah akan Takdir Illahi..

Cinta dan kasih ku pada Allah S.W.T melebihi segala -galanya.

Rabu, 2009 Mei 13

7.5.2009

Tarikh ini datang lagi. Tarikh yang pasti tidak akan aku lupakan hingga akhir hayat ku. Genap lima tahun sudah pemergian insan yang paling ku sayang pergi menyahut seruan Illahi. Mama....
Abah masih tetap cam dulu jugak..kasih sayang abah tidak pernah pudar terhadap mama...biarpun mama tiada lagi di samping abah dan anak-anak.

Aku akan cuba sedaya -upayaku untuk menjadi seorang abah dan mama pada anak-anak ku.Aku akan pastikan anak -anak ku mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada aku..Aku ingin tunaikan permintaan terakhir dari isteriku agar menjaga anak-anak dengan baik hingga menjadi insan yang sempurna.

Hingga kini aku masih belum ketemu calun yang benar-benar dapat menggantikan arwah isteriku..bermacam-macam cakap orang terhadap aku.....kahwin...kahwin...kahwin...
tapi...a,ah entahla.....ada jodohku adala..amin.

Selasa, 2009 Februari 24